Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Sudah lama aku tidak menulis. Kebelakangan ini minda aku bergolak dengan
berbagai perkara. Perancangan hidup, keluarga, rezeki dan jodoh. Namun aku tetap memanjatkan kesyukuran kerana hidup ini masih berjalan dengan baik. Aku dapat menunaikan impian untuk menyambung impian ke menara gading. Coretan hari ini tidaklah berkisar kepada kehidupan semata tetapi sedikit luahan tentang perkara-perkara baru yang mula membuka minda dan mata hatiku. Ada masa aku melihat apa yang terjadi disekelilingku. Ada yang derita dan terus menderita, ada juga yang kekenyangan dan bergembira. Sesungguhnya Allah maha kaya, di saat kita bergembira dan lagi insan yang merana kesakitan. Mungkin itulah yang ditulis dalam kehidupan manusia di muka bumi ini. Bagi aku, aku hanya "follow dengan flow yang Allah takdirkan untukku", namun semua ini tidak lari dengan berusaha ke arah memperbaiki dan menjauhi pekara yang kita boleh nampak, rasa yang kita tidak akan berbahagia bila menempuhinya. Seorang sahabat berkongsikan kepada tentang soal keperibadian diri. Tidak perlu khuatir kalau jodoh kita tidak sampai lagi, apa yang perlu di buat, kita perbaiki ahklah kita, hubungan kita dengan Allah dan jauhi kejahatan. Kalau kita baik, mudah-mudahan Allah berikan yang terbaik juga untuk kita.
Namun hidup manusia tidak lari dia ujian yg Esa. Ujian sentiasa datang bersama kebaikan atau nikmat yang kita perolehi.
- i love my life-
No comments:
Post a Comment