My first LEGO CAR
Monday, November 26, 2012
Sunday, November 25, 2012
Doa saya bersama dengan awak...
Walau kau tiada di sini Ku tetap ingat semua pesanmu Ku hidup seolah-olah kau masih ada Bisikan kata kepadaku Bilakah kau akan utuskan surat buatku Aku terus menunggu tibanya kata cintamu Oh.. patah seribu hatiku Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi Biar pergimu tanpa relamu Namun hatiku tetap rasa Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan Patah seribu hatiku Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi Sayangku mohon padamu Segera tinggalkanku Pergilah kau ke tempat yang kau tuju Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku Pergilah…
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah dan Maha Penyayang..
Hidup seperti roda, ada kala kita di atas dan adakala kita dibawah. Semua yang terjadi semua di dalam ketetapanNya. Saya selalu cuba menasihati diri saya agar terus bersikap positif dengan apa jua yang mendatang. Ternyata hati ini mudah terusik..begitulah hati. Ianya bukan suatu barang yang subjektif bukan suatu alat yang boleh kita programkan mengikut kehendak kita. Saya pernah terbaca dalam sebuah laman sesawang, carilah sahabat yang boleh bersabar jika engkau membuat dirinya marah namun dia masih tetap bersabar, jika dia tidak bersabar maka tinggalkanlah ia...
Seumur hidup saya, saya sangat bertuah kerana saya telah menemui insan yang dimaksudkan. Dirinya sangat istimewa kerana KESABARANNYA adalah kelebihan yang saya sendiri tak punya . Saya doakan, apa yang terbaik untuk dirinya akan dipermudahkan jua jalan untuknya...
Go to your success, and my doa' always with you...aamiin.
- i love my love and i love you so much-
Tuesday, November 20, 2012
Jaket Kuning
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sudah lama saya meminati jaket ini, akhirnya dapat juga membelinya. Bolehlah dirasmikan bila berada di tanah tinggi Cameron nanti :)
-i love my life-
Sunday, November 18, 2012
Pagi Isnin 19 November 2012
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Sudah lama aku tidak menulis. Kebelakangan ini minda aku bergolak dengan
berbagai perkara. Perancangan hidup, keluarga, rezeki dan jodoh. Namun aku tetap memanjatkan kesyukuran kerana hidup ini masih berjalan dengan baik. Aku dapat menunaikan impian untuk menyambung impian ke menara gading. Coretan hari ini tidaklah berkisar kepada kehidupan semata tetapi sedikit luahan tentang perkara-perkara baru yang mula membuka minda dan mata hatiku. Ada masa aku melihat apa yang terjadi disekelilingku. Ada yang derita dan terus menderita, ada juga yang kekenyangan dan bergembira. Sesungguhnya Allah maha kaya, di saat kita bergembira dan lagi insan yang merana kesakitan. Mungkin itulah yang ditulis dalam kehidupan manusia di muka bumi ini. Bagi aku, aku hanya "follow dengan flow yang Allah takdirkan untukku", namun semua ini tidak lari dengan berusaha ke arah memperbaiki dan menjauhi pekara yang kita boleh nampak, rasa yang kita tidak akan berbahagia bila menempuhinya. Seorang sahabat berkongsikan kepada tentang soal keperibadian diri. Tidak perlu khuatir kalau jodoh kita tidak sampai lagi, apa yang perlu di buat, kita perbaiki ahklah kita, hubungan kita dengan Allah dan jauhi kejahatan. Kalau kita baik, mudah-mudahan Allah berikan yang terbaik juga untuk kita.
Namun hidup manusia tidak lari dia ujian yg Esa. Ujian sentiasa datang bersama kebaikan atau nikmat yang kita perolehi.
- i love my life-
Thursday, November 15, 2012
Lembaran baru 1434 Hijrah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Sudah lama rasanya tidak menulis medan ini bila mana penggunaan blog ini sebagai wadah menyampaikan sesuatu maklumat di pandang sepi oleh saya. Sebelum saya terlewat, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dalam takwim Islam 1434 H. Hijrah buat pertama kalinya memberikan sesuatu kepada diri saya, seolah diri ini semakin memberontak mencari dan terus mencari KENAPAKAH AKU HIDUP,DAN UNTUK APAKAH AKU LAHIR DI DUNIA INI?? Sebagai hamba Allah yang naif ini, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Saya pernah berjanji dengan diri saya untuk membahagiakan diri saya apa adanya. Akhir ini saya mula melakukan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan kepada diri saya, perasaan sedih mula sebati dengan jiwa saya, saya inginkan sesuatu ketenangan. Ketenangan yang abadi. Saya juga ingin berhijrah sebagaimana orang lain menyatakan hasrat hijrah mereka. Mungkin suatu hari nanti, saya akan membaca semula coretan saya ini dan memandang kembali siapa diri saya di masa akan datang.
Buat diriku Murnira...
16 November 2012 Jumaat di saat engkau bersendirian di ruang kerja di ofismu..
aku berjanji...
- Semampunya aku akan menjada sholatku 5 waktu sehari semalam. Di usiamu 27 Tahun ini, tiada lagi alasan untuk engkau culas lagi..kerana nikmat Allah s.w.t terlalu luas untukmu.
- Semoga aku dapat menyampaikan kebaikan walaupun dengan sepotong ayat kepada sesiapa sahaja yang bersama-sama denganku
- Menjadi seseorang yang akan memiliki segulung Ijazah sebagaimana yang telah engkau perjuangkan hari ini
- Berbakti kepada kedua mak dan abah..adik beradik dan ahli keluargamu, semampunya
- Menjauhi maksiat hati, jiwa, anggota...kerana suatu hari nanti hanya ulat di tanah yang menemanimu di alam kubur yang gelap gelita
- Menyayangi sesama umat,sahabat,kawan - kawan dan saling mendorong ke arah kebaikan..
Semoga Allah membantuku... melihat masa depan yang baik agar aku tidak terus dan terus tergelincir seolah aku tidak bersyukur kerana Allah s.w.t masih menghidupkan aku setelah aku di matikan sewaktu ku tidur...
I love my life
Subscribe to:
Posts (Atom)